Sunday 16 January 2011

WHAT IS BABY DUMPING AND WHO ARE THE PERPETRATORS OF BABY DUMPING

An average of 100 babies are abandoned a year, based on reports filed with the police. Babies dumped in churches, mosques, temples, toilet bowls, rubbish dumps and abandoned. Mostly, babies are dumped by unwed mothers and under-aged girls who are young, naive, immature and frightened.The pregnant girls find themselves in a difficult situation. Most dump the babies for fear of being disowned by their families.Steps have to be taken to remedy this situation. So in this blog we will discuss about this issue, including research objective and research question.

Labels:

Thursday 6 January 2011

Mayat bayi ditemui dalam komuter

Oleh AZIAN AZIZ
pengarang@utusan.com.my

Anggota forensik memeriksa beg plastik yang mengandungi mayat bayi yang ditinggalkan dalam komuter di Stesen Komuter Pelabuhan Klang, semalam.


KLANG 3 Mac – Seorang pencuci gerabak komuter terkejut apabila menemui mayat bayi lelaki dalam satu bungkusan plastik berwarna hitam yang ditinggalkan di bawah tempat duduk penumpang pengangkutan awam itu di Hentian Pelabuhan Klang di sini pagi ini.
Mayat bayi yang dipercayai baru lahir dan masih bertali pusat itu ditemui Siti Khalijah Mat Zain, 37, kira-kira pukul 9.15 pagi.
Siti Khalijah ketika ditemui pemberita di tempat kejadian memberitahu, pada mulanya dia menyangka plastik berwarna hitam itu berisi sampah.
Bagaimanapun, wanita itu yang baru empat bulan bertugas dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berasa tidak sedap hati dan mengangkat beg plastik tersebut dan membawanya keluar dari gerabak untuk melihat isinya.
“Saya panggil rakan setugas dan kami terkejut apabila melihat ada kesan darah. Setelah diperiksa, beg plastik itu berisi mayat seorang bayi lelaki yang dibungkus dengan selimut bercorak bunga.
“Kami juga menemui sehelai sejadah dan surah Yasin di sisi mayat,” katanya yang memaklumkan kepada penyelianya mengenai penemuan mayat itu sebelum menghubungi polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, komuter tersebut bergerak dari Pelabuhan Klang kira-kira pukul 5.35 pagi menuju ke Batu Caves, Selayang dan tiba di sana pada pukul 7.15 pagi.
Menurut beliau, komuter tersebut difahamkan menyambung semula perjalanan menuju ke Pelabuhan Klang dan berhenti di hentian tersebut kira-kira pukul 8.15 pagi untuk dibersihkan.
“Difahamkan, semasa gerabak itu hendak dicuci barulah mayat itu ditemui dan kita percaya mayat tersebut dibuang semasa tren berkenaan dalam perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang.
“Setakat ini tiada saksi yang nampak bagaimana bungkusan plastik hitam itu berada di bawah tempat duduk penumpang bahagian gerabak hadapan komuter tersebut,” ujarnya.
Kata beliau lagi, pihaknya menjalankan siasatan berhubung penemuan mayat bayi itu mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan gerakan memburu mereka yang bertanggungjawab sedang giat dijalankan.
Tambah beliau, mayat bayi tersebut dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran.

Labels: