Monday 21 March 2011

Solution to the Problem of Baby Dumping


hello my friends!!! amaliza, syahmi and fatmalaili..today I want suggest several precautions of baby dumping. There are three find way to solve this problem . Firstly, precautions by parents. Secondly, precautions by school and teacher and lastly, precautions by goverment. I think we can share opinion in detail about precautions of baby dumping...

Labels:

Sunday 20 March 2011

Menggigil lihat bayi

Oleh Amir Abd Hamid dan Nur Lela Zulkipli
am@hmetro.com.my



KLANG: Seorang pekerja pembersihan sebak sejurus menyedari 
bungkusan plastik hitam yang disapunya di lantai gerabak komuter, 
rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan
masih bertali pusat.Siti Khalijah Mat Zain, 37, menemui mayat
bayi itu ketika menjalankan kerja hariannya membersihkan komuter
dari stesen di Batu Caves yang berhenti di stesen terakhir di
Pelabuhan Klang, jam 9 pagi semalam.

“Selepas semua penumpang turun, saya memulakan kerja menyapu
lantai di gerabak hadapan. Tiba-tiba saya tersapu satu bungkusan beg
plastik warna hitam di bawah kerusi penumpang, betul-betul belakang
ruang pemandu. “Saya angkat beg itu dan mendapati ia agak berat.
Saya bawa beg plastik itu keluar dan meletakkannya di atas kerusi
tempat penumpang menunggu ketibaan tren komuter, tapi tak berani
nak membukanya,” katanya.Siti Khalijah berkata, dia memanggil rakan
sekerja, S Kaliyani, 34, yang memberanikan diri membuka plastik itu
sebelum kedua-dua mereka melarikan diri selepas melihat ada darah
pada bahagian dalam plastik itu. “Kami meminta bantuan rakan lain
dan mereka memaklumkannya kepada polis.Selepas plastik itu dibuka,
saya sebak apabila melihat di dalamnya ada mayat mayat bayi lelaki
yang sungguh comel,masih merah dan bertali pusat,” katanya.

Menurutnya, mayat bayi itu dibungkus dengan kain selimut dengan corak
bunga berwarna hijau dan turut terdapat di dalam plastik hitam itu ialah
sehelai sejadah bersama senaskhah surah Yasin.Dia yang semalam
genap empat bulan bekerja sebagai pekerja pembersihan Keretapi
Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, penemuan mayat itu menyebab
kannya hilang selera makan dan sedih mengenangkan kekejaman individu
yang tergamak membuang bayi itu. “Sedih betul bila tengok kain sejadah
dan surah Yasin bersama bayi itu. Saya sendiri ada bayi berusia setahun
lapan bulan. Jadi bila tengok mayat bayi itu ia sangat menyentuh naluri
keibuan saya,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang berada di lokasi kejadian turut melihat
pasukan forensik mengambil sehelai rambut dipercayai milik suspek
untuk membantu siasatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang
Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi
mengesahkan kejadian itu dan memberitahupolis menerima laporan
kejadian kira-kira jam 9.15 pagi. Mohamad berkata, hasil siasatan
awalmendapati, pemandu komuter itu mula memandu kereta api itu
dari Pelabuhan Klang kira-kira jam 5.35 pagi menuju ke Batu Caves
dan tiba di stesen Batu Caves pada jam 7.15 pagi sebelum kembali ke
Pelabuhan Klang.

“Kami percaya mayat bayi berkenaan dibuang ketika komuter itu dalam
perjalanan pulang ke Pelabuhan Klang. Siasatan awal mendapati tiada
saksi melihat bagaimana bungkusan plastik hitam itu boleh berada di
bawah tempat duduk penumpang,” katanya sambil memberitahu kes
disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan. Menurutnya, mayat
bayi itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk
bedah siasat dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta
menyalurkannya di balai polis.

Labels: